Kelas Microsoft Word Penghasilan Resume
30 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 29 Jun 2020 (Isnin), telah di adakan Kelas Microsoft Word Penghasilan Resume pada jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Krokong.Seramai 3 orang peserta dari sekitar kampung krokong telah menghadiri kelas ini.Terima kasih kepada peserta yang hadir.
Berikut adalah modul pembelajaran:
1) OBJEKTIF & FAEDAH PEMBELAJARAN
- Pengenalan tentang topik Microsoft Word tentang penghasilan resume.
- Bagi memberi pendekatan baru yang lebih inovatif bagi menampung pelbagai kehendak dan cabaran kemahiran teknologi maklumat pada masa kini
- Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran penting tentang pengguna Microsoft Word ini.
- Memberi pengetahuan tentang asas penggunaan Microsft Word
- Pembelajaran tentang cara membuat resume dengan betul.
1. Sila pastikan resume anda tidak melebihi 2 muka surat.
2. Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas,ringkas dan tidak mempunyai banyak warna.
3. Memilih font yang kemas dan terang.
4. Meletakkan dalam resume objektif kerja.
5. Tidak memasukkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh).
6. Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: